post mortem - pangkor trip

7:13 AM / Posted by Daniel.Humphrey /

IT WAS AWESOME!! <- tiru gaya Po KungFu Panda ye~

January 12, Monday
Semua peserta berkumpul di STAD jam 0700 pagi. Selesai pemeriksaan kali terakhir, kami bertolak dengan menaiki bas MMU tepat jam 0745 pagi. bilangan perserta adalah seramai 22 orang, tidak termasuk abg Ikhram ( kaunselor MMU Melaka ) yang bertindak sebagia pengiring - beliau hanya hadir selepas hari kedua.
Berhenti di hentian sebelah Tapah, peserta-peserta yang tadinya kepenatan dan ketiduran kini kembali segar setelah menikmati sarapan pagi yang seterusnya. Perjalanan diteruskan, dan keadaan didalam bas kian riuh dengan suara-suara keriangan peserta. Sepanjang perjalanan menuju ke Lumut, kami sempat menikmati keindahan batu kapur di kiri kanan highway; tidak dilupakan juga UTP yang tersergam teguh di tengah pedalaman Tronoh.
Rombongan tiba di Lumut jam 130 petang, dan di beri masa selama 30 minit untuk makan tengahari dan solat. feri bertolak ke Pangkor jam 2.15 petang; perjalanan selama 30minit merentasi lautan tidak terasa lama kerana para peserta rombongan sibuk bergambar di atas feri. setibanya di jeti Pangkor, kami menaiki van yg disediakan, dan terus menuju Ceria Bogak Beach Camp ( CBBC ), tempat dimana kami bakal menginap untuk kem 3 hari ini.
Sambutan mesra oleh Abg Abu selaku pengurus tempat penginapan kami membuatkan kami seolah-olah berasa seperti dirumah. kami diberi masa sehingga 4 petang untuk berehat. Aktiviti snorkeling yang sepatutnya diadakan pada hari kedua terpaksa ditunda petang hari pertama, kerana keadaan laut yang bakal surut besok ( faktor bulan mengambang penuh ). Taklimat keselamatan dan tatasusila diberikan sebelum rombongan mula menaiki bot. Kami mengambil peluang ini untuk melawat tempat pulau-pulau berdekatan, dan juga tempat-tempat tarikan pelancong disekitar Pangkor dengan menaiki bot. Monkey Bay, Teluk Dalam, Turtle Rock, dan sebagainya. Setibanya di Pulau Giam, peserta dibenarkan snorkeling. melihat keindahan laut yang bersih, tiada siapa mampu menolak untuk berasa kagum. sambil memberi ikan makan, peserta juga dapat melihat perlbagai hidupan laut yang ada di situ ( gamat contohnya ).
Rombongan kembali ke CBBC jam 645 petang,bersiap dan makan malam jam 730 petang. Aktiviti LDK dijalankan pada sebelah malam. bermula dengan sesi suaikenal ( ice breaking ), kami kemudian beralih ke modul critical thinking ( 4orang penumpang pelbagai posisi,dan kapten ). suasana LDK yang amat meriah membuatkan semua peserta terhibur dan gembira. Hari pertama ditamatkan seawal 1045malam untuk memberi peluang peserta berehat setelah kepenatan seharian berjalan.

January 13, Tuesday
Peserta diberi makan sarapan pagi yang disediakan oleh committee CSI seawal jam 730pagi. Roti, sardin, kaya dan biskut, dengan kopi sebagai pembasah tekak, peserta harus menyiapkan diri masing-masing untuk cabaran hari kedua. Peserta diberi briefing mengenai aktiviti hari kedua, dan melakukan sedikit senaman memanas badan. Aktiviti hari kedua bermula dengan jungle treking - peserta akan merentasi hutan dan terus menuju ke jambatan gantung. selain membina keyakinan diri, aktiviti ini juga dapat membina kerjasama dan kepercayaan sesama ahli pasukan. jungle trekking dijalankan sehingga jam 1030pagi, dimana peserta kemudian akan berbasikal merentasi pantai di sepanjang Pangkor. namun cabaran utama aktiviti ini ialah keadaan jalan yang berbukit-bukau; peserta harus menolak basikal menaiki bukit bagi sesiapa yang tidak larat. keadaan bukit yang tinggi dan selekoh yang agak berbahaya, peserta harus memerhatikan satu sama lain, selain keselamatan diri sendiri. dari pantai Teluk Bogak ke Teluk Ketapang, ekspedisi berbasikal diteruskan lagi sehingga ke Teluk Nipah. Berehat selama 45minit di Teluk Nipah, peserta sempat bergambar dan beramah mesra dengan penduduk tempatan. tepat jam 1215tengahari, ekspedisi pulang ke CBBC, melalui jalan yang sama ( selain pengalaman diganggu anjing ). Kepenatan jelas terserlah di segenap penjuru muka peserta setibanya kami di CBBC. Selesai makan tengahari, peserta diberi masa berehat sehignga 330 petang untuk bersedia untuk aktiviti berkayak. ramai peserta menyatakan kepada kami bahawa ini adalah pengalaman berkayak mereka yang pertama. namun rasa takut mereka ternyata dapat diatasi dengan usaha dan keyakinan yang mereka tonjolkan; hampir semua peserta dapat berkayak dengan baik. peserta kemudian dibenarkan mandi manda di pantai berdekatan sehingga jam 645petang. abg ikhram tiba di CBBC sekitar 630ptg,bersama abg Ju. peserta diberi masa sehingga 830 untuk bersiap, dan berkumpul di dewan terbuka untuk sesi santapan minda yang diberikan oleh abg Ju. Ternyata input yang diberikan beliau sangat bermanfaat, dan harap dapat disemat erat didalam sanubari setiap peserta. aktiviti untuk hari kedua diakhiri dengan BBQ. sejumlah makanan yang disediakan pihak CBBC ternyata mengiurkan para peserta ; ikan pari bakar, ayam madu, nanas bakar, ketam panggang, otak-otak,nasi goreng. ternyata semuanya lazat-lazat belaka. sesi bersurai jam 12malam.

January 14, Wednesday
Aktiviti hari ketiga hanya dimulakan seawal jam 11pagi ( berlaku sedikit kekeliruan sehingga menyebabkan peserta keliru dengan tentatif program ). peserta mengambil peluang bersiar-siar dipantai untuk kali terakhir sebelum makan tengahari. usai makan tengahari, kami mulakan sesi penutup, dan saling bertukar cenderamata dengan pihak CBBC. kami turut mengambil gambar kenang-kenangan beramai-ramai sebelum berangkat pulang. Aktiviti terakhir untuk CSI diadakan sebelum kami menaiki feri pulang ke tanah besar. van pelancong membawa kami bersiar-siar mengelilingi pulau pangkor melalui jalan darat. kami singgah dibeberapa tempat tarikan utama - kilang sate ikan, batu bersurat, kota belanda, tokong tarikan Cina. selesai lawatan, kami terus menuju ke jeti, dan menaiki jeti ke tanah besar tepat jam 230petang. setibanya di jeti Lumut, peserta diberi masa 30minit untuk membeli barang kenang-kenangan di sekitar jeti. ramai yang memborong seolah-olah tiada hari esok. Bas MMU yang sudah tersedia menjemput kami, bertolak meninggalkan Lumut tepat jam 315 petang. kami berhenti di Tapah selama sejam untuk makan dan solat, dan kembali meneruskan perjalanan ke MMU cyberjaya jam 745malam. Rombongan selamat tiba di perkarangan MMU jam 1045malam, serentak dengan rombongan Institut Usrah ke Bekok. Selesai kata-kata penghargaan dan ucapan penutup dari pengarah, peserta dibenarkan bersurai.

sekian sahaja laporan untuk lawatan CSI ( Challenging Survivor Island 09 ). pihak committee mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

berkhidmat untuk negara,

MUHAMAD DANIEL BIN ABDUL KADIR
pengarah, CSI 09

peserta berehat di pantai Teluk Nipah

Berhenti sarapan di Tapah ( hari pertama )

Peserta di dalam bas

Presiden UPG ( antara peserta yang turut serta )

sesi bergambar sebelum pulang berbasikal

Jungle trekking

Peserta kem di kilang sate ikan

Snorkeling

0 comments:

Post a Comment